Rabu, 21 November 2012

Kursus & Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Zon Selatan

Kursus & Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan UiTM Zon Selatan telah dijalankan di Perpustakaan Kampus Alor Gajah, Melaka pada 21 - 22 November 2012. Kursus ini diadakan bagi memantapkan kemahiran maklumat Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan melalui penggunaan pelbagai pangkalan data serta sumber elektronik perpustakaan. Seramai 23 orang peserta telah menyertai kursus ini yang disampaikan secara usahasama 3 Jabatan di PTAR iaitu Jabatan Pengurusan Jurnal; & Pangkalan Data (JPJPD), Jabatan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan (JPSP) & Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat serta syarikat-syarikat pembekal (Access Dunia, BVD, ELSEVIER & United Technology).


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:: fAmiLy dAy ::