Selasa, 4 Oktober 2016

KURSUS PEMANTAPAN DAN PENGUKURAN BAHAN

KURSUS PEMANTAPAN PEMBANGUNAN DAN PENGUKURAN PEMILIKAN BAHAN-BAHAN BACAAN/RUJUKAN SILIBUS LOLEKSI PERPUSTAKAAN UiTM NEGERI 2016 & PENYERAHAN BAHAN HARTA INTELEK UiTM NEGERI KE REPOSITORI INSTITUSI UiTM MELAKA: TARIKH 4 HINGGA -6 OKTOBER  2016

Khamis, 25 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 akan berlangsung dari 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Pihak Perpustakaan telah memilih untuk membawa pensyarah membuat pemilihan buku yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi koleksi Perpustakaan UiTM Kampus Alor Gajah dan Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka pada 26 April 2013.

Jumaat, 8 Mac 2013

Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan UITM Melaka


Assalammu'alaikum w.r.b.k.t dan Salam Sejahtera.

Yg Bhg. Prof./Prof.Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik,

Pusat Sumber UiTMKBM dengan kerjasama Perpustakaan UiTMKAG, Unit Kesihatan KBM, Unit Korporat KBM, JPK & JPNR KBM akan menganjurkan "Program Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan siri 3 " pada 
20-21 Mac 2013 

Oleh yang demikian, Pusat Sumber ingin menjemput Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik untuk menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung.

Hadiah-hadiah menarik menanti Pengunjung dan peserta, antaranya :
1) Hadiah berupa Wang Tunai
2) Pakej Pelancongan
3) Baucer Membeli Belah 
4) Hamper Buku
5) Hamper 
6) Dan pelbagai hadiah misteri.....

Antara Program dan aktiviti yang dijalankan adalah seperti :

1) Pertandingan Poster 
2) Library Scavenger Hunt (ala-ala explore race)
3) Kuiz 
4) Kempen Derma Darah dan Ujian Kesihatan 
5) Pameran UiTM KBM 
6) Online Database Training
7) Teka Muka Surat Buku 
8) Cabutan Bertuah & Pengunjung Bertuah

Dan Banyak lagi......

* Adalah diharapkan pensyarah dapat mewar-warkan kepada pelajar untuk menyertai aktiviti ini bagi menambah keseronokan.








Sekian, harap maklum . Terima kasih. 


Sumber:
Mohd Ismail Abidin
Pustakawan
UiTM Kampus Bandaraya Melaka
06-2857080
019-6875186
@ Blog


Khamis, 7 Februari 2013

Perutusan Tahun Baru Rektor UiTM Melaka & Perhimpunan Bulanan

Pada 7 Februari 2013, diadakan satu Perhimpunan Bulanan serta Perutusan Tahun Baru Rektor UiTM Melaka di Dewan Kuliah 2, Bangunan KPP. Selepas itu, ceramah sempena Maulidur Rasul diteruskan sehingga jam 12.00 tengahari.

Isnin, 4 Februari 2013

My Beautiful Malaysia

Program pelancaran My Beautiful Malaysia diadakan pada 3 Februari 2013 di seluruh Malaysia. Program ini merupakan Program Khidmat Masyarakat Peringkat Kebangsaan. Penyertaan semua staf adalah diwajibkan bagi menjayakan program sebegini dan penyertaan bersama keluarga adalah amat-amat dialukan. 

Program kesukarelaan ini  bermula seawal 7.00 pagi hingga 3.00 petang, ianya dimulakan dengan senaman senamrobik seterusnya memulakan kerja sukarela. Oleh demikian, para peserta digalakkan memakai pakaian sukan atau santai bagi memudahkan pergerakan serta aktiviti yang dilakukan seperti menanam pokok, mengutip sampah dan sebagainya.    

Jumaat, 1 Februari 2013

Ceramah Bersiri

Pada 1 Februari 2013, satu ceramah bersiri telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Bangunan KPP, UiTM Melaka. Ceramah ini bertajuk Isu-isu Semasa dan Keselamatan Negara yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Datuk Sofian Bin Md Makinuddin yang bertugas sebagai KPP Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial IPP Bukit Aman.

Rabu, 30 Januari 2013

Siaran Langsung Perutusan Tahun Baharu 2013

Pada 30 Januari 2013 diadakan siaran langsung Perutusan Tahun Baharu 2013 menerusi Web TV UiTM oleh Naib Canselor Yg. Bhg. Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar di Dewan Kuliah, Bangunan KPP , UiTM Melaka.

:: fAmiLy dAy ::