Rabu, 23 Mei 2012

LATIHAN ICT


Latihan ICT : ONLINE DATABASE & EndNote merupakan salah satu latihan yang akan dilaksanakan dibawah Unit Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan UiTM Melaka dengan tujuan agar latihan ini dapat meningkatkan kefahaman peserta dalam  menjalankan penyelidikan bagi keperluan fakulti/jabatan.

Sehubungan dengan itu, latihan ini diadakan khusus untuk para pensyarah UiTM Melaka bagi mendedahkan mereka dengan pengaksesan online database , membantu dalam menyelesaikan tugasan kajian dan penulisan seterusnya menerapkan elemen budaya penyelidikan di kalangan pensyarah.

Latihan ini telah diadakan pada 23 Mei 2012 (Rabu) jam 8.00 pagi - 1.00 tengahari di Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Perpustakaan dengan penglibatan seramai 26 orang pensyarah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:: fAmiLy dAy ::