Selasa, 30 Oktober 2012

Lawatan Penandarasan UiTM Sarawak

Perpustakaan UiTM Melaka menerima kunjungan daripada staf Perpustakaan UiTM Sarawak pada 30 Oktober 2012 sempena lawatan penandarasan yang disertai oleh 26 orang staf termasuk Timbalan Ketua Pustakawan dan Pustakawan. Lawatan ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan dari segi aspek perkhidmatan maklumat, teknologi, persekitaran dan amalan terbaik di samping membina jaringan kerjasama yang lebih mantap selain daripada berkongsi ilmu dan mengeratkan hubungan silaturahim.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:: fAmiLy dAy ::