Khamis, 7 Februari 2013

Perutusan Tahun Baru Rektor UiTM Melaka & Perhimpunan Bulanan

Pada 7 Februari 2013, diadakan satu Perhimpunan Bulanan serta Perutusan Tahun Baru Rektor UiTM Melaka di Dewan Kuliah 2, Bangunan KPP. Selepas itu, ceramah sempena Maulidur Rasul diteruskan sehingga jam 12.00 tengahari.

Isnin, 4 Februari 2013

My Beautiful Malaysia

Program pelancaran My Beautiful Malaysia diadakan pada 3 Februari 2013 di seluruh Malaysia. Program ini merupakan Program Khidmat Masyarakat Peringkat Kebangsaan. Penyertaan semua staf adalah diwajibkan bagi menjayakan program sebegini dan penyertaan bersama keluarga adalah amat-amat dialukan. 

Program kesukarelaan ini  bermula seawal 7.00 pagi hingga 3.00 petang, ianya dimulakan dengan senaman senamrobik seterusnya memulakan kerja sukarela. Oleh demikian, para peserta digalakkan memakai pakaian sukan atau santai bagi memudahkan pergerakan serta aktiviti yang dilakukan seperti menanam pokok, mengutip sampah dan sebagainya.    

Jumaat, 1 Februari 2013

Ceramah Bersiri

Pada 1 Februari 2013, satu ceramah bersiri telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Bangunan KPP, UiTM Melaka. Ceramah ini bertajuk Isu-isu Semasa dan Keselamatan Negara yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Datuk Sofian Bin Md Makinuddin yang bertugas sebagai KPP Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial IPP Bukit Aman.

:: fAmiLy dAy ::