Rabu, 10 Ogos 2011

PERHIMPUNAN BULANAN UiTM CAWANGAN MELAKA

Majlis Perhimpunan Bulanan Uitm Cawangan Melaka Bil. 3/2011 telah berlangsung semalam pada 9 Ogos 2011 (Selasa) bertempat di Dewan Bendahara (KAG), UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Majlis ini dihadiri oleh Yang Bahagia Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Bin Haji Hitam, Rektor UiTM Cawangan Melaka serta Timbalan-timbalan Rektor dan warga staf UiTM Cawangan Melaka. 


Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Melaka dan Wawasan Setia Warga UiTM di ikuti dengan bacaan doa dan bacaan Ikrar Kualiti UiTM. Kemudian, pengumuman pelantikan staf pentadbiran dan akademik bermula 1 - 30 Julai 2011, staf yang bertukar dari cawangan ke UiTM Melaka serta pelantikan jawatan baru. Juga diumumkan Anugerah Cemerlang Bulanan seramai 7 orang. 

Isnin, 8 Ogos 2011

Al-Fatihah

Warga kampus UiTM Melaka,

Adalah dimaklumkan bahawa Mohd Norazrin Bin Md. Taib (Pembantu Am Pejabat, Bahagian Perpustakaan) telahpun kembali ke Rahmatullah pada pagi semalam jam 5.30 pagi (7 Ogos 2011) di Hospital Melaka. Beliau dimasukkan ke Hospital Melaka pada 26 Mei 2011 yang lalu. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Sg. Petai, Alor Gajah Melaka tengahari semalam. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak pengurusan dan rakan-rakan yang menziarahi Allahyarham Mohd Norazrin. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Amin.


Mohd Norazrin Md. Taib






Audit 5S, Perpustakaan UiTM Melaka

Audit 5S dilaksanakan di semua unit pada 26 Julai 2011 oleh Puan Sariah Che' Man selaku Auditor 5S dan disahkan oleh Timbalan Ketua Pustakawan (Puan Rozaimah Mat Sidek).

Antara gambar-gambar yang diambil semasa audit dijalankan
audit di unit upsi



 

 



 

 


 

 

 

 
 
 

 

 

 

 



Ceramah "U-Turn ke Jalan Lurus"

Pada 26 Julai 2011, beberapa orang staf perpustakaan mengikuti program ceramah "U-Turn ke Jalan Lurus" anjuran CITU di Dewan Kuliah 1, Bangunan KPP sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Zulramli Mohamed Razali yang merupakan salah seorang penceramah radio IKIM. Disamping itu juga, CITU akan membuka booth utk kali kedua bagi tujuan mendapatkan khidmat dari CITU berhubung pelbagai perkara berkaitan zakat, sadaqah, kaunseling Agama, program anjuran CITU, diskusi dan lain-lain.



Kursus Pembinaan Laman Web (Blog)

Pada 18 Julai 2011, pihak perpustakaan mengadakan Kursus Pembinaan Laman Web (Blog) untuk semua staf perpustakaan dan Pusat Sumber Kampus Bandar Melaka bertempat di Unit Teknologi Maklumat bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini disampaikan oleh Encik Mohd Hatta Bin Mohd Yatim, Penolong Pegawai Kebudayaan.








Pameran Selangkah ke Perpustakaan

Pameran Selangkah ke Perpustakaan telah diadakan pada 20 Jun 2011 dengan tujuan menyampaikan maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan kepada pelajar serta pelanggan perpustakaan.








Minggu Destini Siswa Sesi Mei - Oktober 2011

Seramai 2510 orang pelajar mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka sempena  kemasukan baru pada Minggu Destini Siswa Sesi Mei - Oktober 2011  dengan bertemakan "Mahasiswa Inspirasi Nasional". Pelajar-pelajar baru dibawa melawat sekitar perpustakaan dan diberikan penerangan setiap unit pada 21 Mei 2011 hingga 23 Mei 2011 secara bergilir mengikut fakulti.



Pustakawan sedang memberi taklimat kepada para pelajar 


Antara pelajar-pelajar baru sedang mendengar taklimat yang disampaikan

Salah seorang daripada staf perpustakaan memberi penerangan mengenai penggunaan WebOpac


Taklimat Kebakaran

Tarikh     :   19 Mei 2011
Tempat   :   Hadapan Unit Teknologi Maklumat (IT)
Masa      :   10.00 pagi - 12.00 tengahari

Kursus Perkhidmatan Kaunter Berkualiti

Pihak perpustakaan telah mengadakan Kursus Perkhidmatan Kaunter Berkualiti, PUiTM Melaka pada 18 Mei 2011 berhadapan Unit Teknologi Maklumat. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hairul Amin Bin Madon yang bertugas sebagai Konsultan Creative Mind Stream Training.

                     Gambar-gambar
Antara staf-staf perpustakaan yang menyertai kursus ini


Lakonan perkhidmatan kaunter yang dilakonkan oleh staf-staf perpustakaan

Hari Keluarga Perpustakaan UiTM Melaka

Pihak perpustakaan UiTM Melaka telah menganjurkan "Hari Keluarga" sebagai aktiviti tahunan 2011. Semua staf perpustakaan terlibat dalam menganjurkan Hari Keluarga yang diadakan dan beberapa aktiviti menarik yang disediakan untuk aktiviti sukaneka.

          Bertempat : D'Muara Resort, Pantai Pangkalan Balak, Melaka
          Tarikh       : 14-15 Mei 2011




Lawatan Kelab Usahawan Muda

Pada 29 April 2011, seramai 36 orang termasuk guru dan murid dari Sekolah Menengah Teknik Bachok, Kelantan melawat Perpustakaan UiTM Melaka .






:: fAmiLy dAy ::