Rabu, 28 Mac 2012

Lawatan Sempena Projek Memperkasa Tokoh Nilam Melaka

Pada pagi ini, pihak Perpustakaan menerima kunjungan lawatan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka bagi Program Khidmat Sosial (Profesional) bagi Projek Memperkasa Tokoh Nilam Melaka ke Anugerah Nilam Kebangsaan 2012.

Tempat    :    Perpustakaan
Masa       :    8.00 pagi - 5.00 petang
Anjuran   :     Kerjasama Perpustakaan UiTM Melaka dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

Jumaat, 9 Mac 2012

Lawatan Sempena Program Pembudayaan Literasi Maklumat & Teknologi Maklumat

Pada 18  Februari 2012, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Malaysia (PERPUSTAM) telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan UiTM Melaka sempena program Pembudayaan Literasi Maklumat dan Teknologi Maklumat. Perpustakaan menerima kunjungan seramai 29 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan 12 orang pegawai pengiring.









Lawatan ke Perpustakaan Sempena Program The UNITY DIPAC 2012

Pada 7 Januari 2012 lepas, Perpustakaan menerima kunjungan oleh pelajar-pelajar antarabangsa sempena program Unity DiPAC 2012 sebagai salah satu aktiviti yang terdapat di dalam program mereka anjuran Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP). Aktiviti tersebut bertujuan meraikan kehadiran pelajar antarabangsa dari Belgium, France, Germany dan Amerika Syarikat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam UiTM Melaka.





Khamis, 1 Mac 2012

LATIHAN PANGKALAN DATA DALAM TALIAN BLIS

Pihak Perpustakaan telah menganjurkan Latihan Pangkalan Data Dalam Talian BLIS dengan kerjasama pihak BERNAMA seperti butiran berikut:-

Tarikh            :           01 Mac 2012
Masa              :           11.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat          :           Unit Teknologi Maklumat,
                                                Perpustakaan UiTM Melaka

Seramai 27 orang terdiri daripada staf dan pensyarah menyertai Latihan PDDT BLIS.



 
 
  
 


Gambar berikut merupakan latihan/kuiz yang diberikan oleh pihak BERNAMA kepada peserta kursus untuk pencarian bahan di dalam sistem BLIS(Bernama Library & Infolink Service)













:: fAmiLy dAy ::