Khamis, 29 November 2012

Taklimat Perpustakaan

Sempena Minggu Destini Siswa sesi Disember 2012-April 2013, pelajar-pelajar baru telah diberikan taklimat mengenai perkhidmatan Perpustakaan UiTM Melaka di Dewan Taming Sari, UiTM Melaka. Taklimat ini disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan (Pustakawan) dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Rozaimah Mat Sidek dan Pustakawan, Puan Roslah Laman. Beberapa orang staf yang dilantik sebagai Biro Jawatankuasa turut serta dalam menjayakan program sebegini. Terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang membantu kepada kelancaran program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:: fAmiLy dAy ::