Khamis, 25 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 akan berlangsung dari 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Pihak Perpustakaan telah memilih untuk membawa pensyarah membuat pemilihan buku yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi koleksi Perpustakaan UiTM Kampus Alor Gajah dan Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka pada 26 April 2013.

Jumaat, 8 Mac 2013

Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan UITM Melaka


Assalammu'alaikum w.r.b.k.t dan Salam Sejahtera.

Yg Bhg. Prof./Prof.Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik,

Pusat Sumber UiTMKBM dengan kerjasama Perpustakaan UiTMKAG, Unit Kesihatan KBM, Unit Korporat KBM, JPK & JPNR KBM akan menganjurkan "Program Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan siri 3 " pada 
20-21 Mac 2013 

Oleh yang demikian, Pusat Sumber ingin menjemput Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik untuk menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung.

Hadiah-hadiah menarik menanti Pengunjung dan peserta, antaranya :
1) Hadiah berupa Wang Tunai
2) Pakej Pelancongan
3) Baucer Membeli Belah 
4) Hamper Buku
5) Hamper 
6) Dan pelbagai hadiah misteri.....

Antara Program dan aktiviti yang dijalankan adalah seperti :

1) Pertandingan Poster 
2) Library Scavenger Hunt (ala-ala explore race)
3) Kuiz 
4) Kempen Derma Darah dan Ujian Kesihatan 
5) Pameran UiTM KBM 
6) Online Database Training
7) Teka Muka Surat Buku 
8) Cabutan Bertuah & Pengunjung Bertuah

Dan Banyak lagi......

* Adalah diharapkan pensyarah dapat mewar-warkan kepada pelajar untuk menyertai aktiviti ini bagi menambah keseronokan.








Sekian, harap maklum . Terima kasih. 


Sumber:
Mohd Ismail Abidin
Pustakawan
UiTM Kampus Bandaraya Melaka
06-2857080
019-6875186
@ Blog


Khamis, 7 Februari 2013

Perutusan Tahun Baru Rektor UiTM Melaka & Perhimpunan Bulanan

Pada 7 Februari 2013, diadakan satu Perhimpunan Bulanan serta Perutusan Tahun Baru Rektor UiTM Melaka di Dewan Kuliah 2, Bangunan KPP. Selepas itu, ceramah sempena Maulidur Rasul diteruskan sehingga jam 12.00 tengahari.

Isnin, 4 Februari 2013

My Beautiful Malaysia

Program pelancaran My Beautiful Malaysia diadakan pada 3 Februari 2013 di seluruh Malaysia. Program ini merupakan Program Khidmat Masyarakat Peringkat Kebangsaan. Penyertaan semua staf adalah diwajibkan bagi menjayakan program sebegini dan penyertaan bersama keluarga adalah amat-amat dialukan. 

Program kesukarelaan ini  bermula seawal 7.00 pagi hingga 3.00 petang, ianya dimulakan dengan senaman senamrobik seterusnya memulakan kerja sukarela. Oleh demikian, para peserta digalakkan memakai pakaian sukan atau santai bagi memudahkan pergerakan serta aktiviti yang dilakukan seperti menanam pokok, mengutip sampah dan sebagainya.    

Jumaat, 1 Februari 2013

Ceramah Bersiri

Pada 1 Februari 2013, satu ceramah bersiri telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Bangunan KPP, UiTM Melaka. Ceramah ini bertajuk Isu-isu Semasa dan Keselamatan Negara yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Datuk Sofian Bin Md Makinuddin yang bertugas sebagai KPP Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial IPP Bukit Aman.

Rabu, 30 Januari 2013

Siaran Langsung Perutusan Tahun Baharu 2013

Pada 30 Januari 2013 diadakan siaran langsung Perutusan Tahun Baharu 2013 menerusi Web TV UiTM oleh Naib Canselor Yg. Bhg. Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar di Dewan Kuliah, Bangunan KPP , UiTM Melaka.

Jumaat, 18 Januari 2013

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat

Unit CITU dengan kerjasama Unit Latihan Bahagian Pentadbiran telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Pelancaran Program Tazkirah Pagi Jumaat untuk staf pada :-

Tarikh       :  18 Januari 2013 (Jumaat)
Masa        :  08.00 - 10.00 pagi
Tempat     :  Surau KPP, Kampus Alor Gajah, Melaka

Pihak Perpustakaan telah menghantar beberapa orang wakil untuk ke majlis tersebut.

Jumaat, 11 Januari 2013

Hari Inovasi 2012

Hari Inovasi telah diadakan pada 10 Januari 2013 di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah Melaka. Sekali lagi pihak Perpustakaan telah diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas sebagai Biro Sambutan & Protokol sempena majlis tersebut. Oleh itu, staf Perpustakaan telah diberikan tugas masing-masing semasa Sambutan Hari Inovasi 2012.

Berikut adalah aturcara majlis Hari Inovasi 2012:-



MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI 2012 UiTM MELAKA
10 JANUARI 2013 (KHAMIS)

‘BUDAYA INOVASI CEMERLANG PRESTASI’

ATURCARA PROGRAM

8.00pg                        -           Pendaftaran
8.30pg                        -           Ketibaan Rektor UiTM Melaka dan isteri
9.00pg                        -           Lawatan ke tapak pameran
9.30 pg                       -           Nyanyian Lagu
                                               1.         Negaraku
                                               2.         Wawasan Setia Warga UiTM

9.40 pg                                   -           Pimpinan Doa oleh Pegawai Penasihat Agama
 Ustaz Nor Mohd Faisal bin Md. Ariffin

10.00pg                      -           Bacaan Ayat-ayat suci Al-Qur’an & Terjemahan

10.10pg                       -          Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Sambutan Hari Inovasi  2012
Cik Hjh Hayati bt Hj Abd Hamid,

10.20pg                       -          Ucapan dan Perasmian oleh Rektor UiTM Melaka.
Y.Bhg. Prof Madya Dr Mohd Adnan bin Hashim,

10.50pg                      -           Persembahan
11.00pg                      -           Pengumuman dan Penyampaian Penghargaan/ Anugerah  :

1.            ANUGERAH /PENGHARGAAN INDIVIDU

-     Pengumuman Kenaikan Pangkat 2012 (Pentadbiran & Akademik) (23)
-     Penghargaan Ahli Projek Penyelidikan Berimpak Tinggi  2012 (FRGS & ERGS, KPT & RAGS) (21)
-     Penghargaan Juruaudit Dalam  2012 (21)
-     Penghargaan Khidmat Setia 20 Tahun (13)
-     Penghargaan Khidmat Setia 25 Tahun (13)
-     Penghargaan Khidmat Setia 30 Tahun (3)
-     Penghargaan Pesara  2012 (3)
-     Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 (72)

2.           ANUGERAH KHAS REKTOR

           2.1       AKADEMIK (FAKULTI)      
-            Fakulti Terbaik Akademik UiTM Melaka 2012 –
       Tamat ikut Tempoh Pengajian – Program Ijazah

-            Fakulti Terbaik Akademik UiTM Melaka 2012 –
       Tamat ikut Tempoh Pengajian – Program Diploma

-            Fakulti Terbaik Akademik UiTM Melaka 2012 –
       Peratusan Tertinggi Sijil Dekan – Program Ijazah.

-            Fakulti Terbaik Akademik UiTM Melaka 2012 –
    Peratusan Tertinggi Sijil Dekan – Program Diploma.

-            Fakulti Terbaik Akademik UiTM Melaka 2012 –
    Peratusan Tamat Ikut Tempoh Pengajian dengan CGPA ≥ 3.00 – Program Ijazah.

-            Fakulti Terbaik Akademik UiTM Melaka 2012 –
    Peratusan Tamat Ikut Tempoh Pengajian dengan CGPA ≥ 3.00 – Program Diploma.

2.2      AKADEMIK (STAF)

-               Anugerah Penerbitan 2012 UiTM Melaka
- Kategori Jurnal/Buku/ /Manual/ Prosiding/ Bab dalam Buku.

-               Anugerah Penerbitan 2012 UiTM Melaka 
- Kategori Suratkhabar/’Newsletter’/ Majalah

-       Anugerah Karya Ilmiah/ Inovasi 2012 UiTM Melaka

                   2.3       ANUGERAH 5S (BHG/UNIT)

-          Inisiatif  Amalan 5S
-          Tempat Ketiga 5S
-          Naib Johan 5S
-          Johan 5S

3.            ANUGERAH KHAS UiTM MALAYSIA

-            Anugerah Emas - Pengurusan Akademik Cemerlang (PAC) 2012 – Kategori Kampus
-            Anugerah Platinum - Pengurusan Akademik Cemerlang (PAC) Hal Ehwal Akademik  2012 – Piala Pusingan

-                      Ikrar Q UiTM diketuai oleh Timbalan Pendaftar Kanan, YBhg. Datin Nor Mottahatti bt. Mat Noor.

-                      Penyampaian Cenderahati  kepada Tetamu Kehormat
           
1.00 t/hari                     -         Selawat pimpinan Ketua CITU, UiTM Melaka, Y.Bhg Prof.
Tutasting @ Rawi bin Nordin

1.10 t/hari                   -           Sesi Bergambar

1.15 t/hari                   -           Jamuan Tengahari dan Majlis Bersurai.


Program adalah tertakluk kepada pindaan.

* Tema Warna :  Ungu



:: fAmiLy dAy ::