Rabu, 10 Ogos 2011

PERHIMPUNAN BULANAN UiTM CAWANGAN MELAKA

Majlis Perhimpunan Bulanan Uitm Cawangan Melaka Bil. 3/2011 telah berlangsung semalam pada 9 Ogos 2011 (Selasa) bertempat di Dewan Bendahara (KAG), UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Majlis ini dihadiri oleh Yang Bahagia Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Bin Haji Hitam, Rektor UiTM Cawangan Melaka serta Timbalan-timbalan Rektor dan warga staf UiTM Cawangan Melaka. 


Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Melaka dan Wawasan Setia Warga UiTM di ikuti dengan bacaan doa dan bacaan Ikrar Kualiti UiTM. Kemudian, pengumuman pelantikan staf pentadbiran dan akademik bermula 1 - 30 Julai 2011, staf yang bertukar dari cawangan ke UiTM Melaka serta pelantikan jawatan baru. Juga diumumkan Anugerah Cemerlang Bulanan seramai 7 orang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:: fAmiLy dAy ::