Kemudian, staf mengunjungi MAHA International 2012 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.
Jumaat, 23 November 2012
Lawatan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) & MAHA
Pada 23 November 2012, Perpustakaan UiTM Melaka mengadakan lawatan benchmarking ke UPM, Serdang. Lawatan ini bertujuan untuk mengukur tahap perkhidmatan dan kemudahan terkini serta pencapaian terbaik dan membuat penanda aras berkaitan perkhidmatan perpustakaan.
Kemudian, staf mengunjungi MAHA International 2012 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.
Kemudian, staf mengunjungi MAHA International 2012 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.
Khamis, 22 November 2012
Perhimpunan Bulanan
PERHIMPUNAN BULANAN STAF UiTM CAWANGAN MELAKA BIL. 4/2012
Tarikh : 22 November 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi (pendaftaran)
Tempat : Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka
(Kampus Alor Gajah)
Rabu, 21 November 2012
Kursus & Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Zon Selatan
Kursus & Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan UiTM Zon Selatan telah dijalankan di Perpustakaan Kampus Alor Gajah, Melaka pada 21 - 22 November 2012. Kursus ini diadakan bagi memantapkan kemahiran maklumat Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan melalui penggunaan pelbagai pangkalan data serta sumber elektronik perpustakaan. Seramai 23 orang peserta telah menyertai kursus ini yang disampaikan secara usahasama 3 Jabatan di PTAR iaitu Jabatan Pengurusan Jurnal; & Pangkalan Data (JPJPD), Jabatan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan (JPSP) & Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat serta syarikat-syarikat pembekal (Access Dunia, BVD, ELSEVIER & United Technology).
Jumaat, 2 November 2012
Kelas Kemahiran Maklumat
Kelas Kemahiran Maklumat staf CiTU diadakan pada 2 November 2012, disertai oleh 9 orang pensyarah CiTU.
Rabu, 31 Oktober 2012
Program Jelajah Transformasi pelajar UPSI
Seramai 40 orang pelajar dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) menyertai Program Jelajah Transformasi.
Selasa, 30 Oktober 2012
Lawatan Penandarasan UiTM Sarawak
Perpustakaan UiTM Melaka menerima kunjungan daripada staf Perpustakaan UiTM Sarawak pada 30 Oktober 2012 sempena lawatan penandarasan yang disertai oleh 26 orang staf termasuk Timbalan Ketua Pustakawan dan Pustakawan. Lawatan ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan dari segi aspek perkhidmatan maklumat, teknologi, persekitaran dan amalan terbaik di samping membina jaringan kerjasama yang lebih mantap selain daripada berkongsi ilmu dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Isnin, 22 Oktober 2012
Lawatan UiTM Mukah
Pada 22 Oktober 2012, 11 orang pelawat dari UiTM Mukah, Sarawak mengadakan lawatan ke Perpustakaan UiTM Melaka.
Langgan:
Catatan (Atom)