Rabu, 27 Jun 2012

Lawatan Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana

Seramai 85 orang pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka mengadakan lawatan ke perpustakaan UiTM Melaka.

Ahad, 3 Jun 2012

Minggu Destini Siswa

Sempena Minggu Destini Siswa Sesi Jun-Oktober 2012, seramai 1652 orang pelajar terlibat dalam program orientasi ini. Pihak perpustakaan selaku Ahli Jawatankuasa MDS telah memberikan taklimat mengenai perkhidmatan Perpustakaan UiTM Melaka serta mengadakan library tour.

Rabu, 23 Mei 2012

LATIHAN ICT


Latihan ICT : ONLINE DATABASE & EndNote merupakan salah satu latihan yang akan dilaksanakan dibawah Unit Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan UiTM Melaka dengan tujuan agar latihan ini dapat meningkatkan kefahaman peserta dalam  menjalankan penyelidikan bagi keperluan fakulti/jabatan.

Sehubungan dengan itu, latihan ini diadakan khusus untuk para pensyarah UiTM Melaka bagi mendedahkan mereka dengan pengaksesan online database , membantu dalam menyelesaikan tugasan kajian dan penulisan seterusnya menerapkan elemen budaya penyelidikan di kalangan pensyarah.

Latihan ini telah diadakan pada 23 Mei 2012 (Rabu) jam 8.00 pagi - 1.00 tengahari di Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Perpustakaan dengan penglibatan seramai 26 orang pensyarah.






Jumaat, 4 Mei 2012

Lawatan Muhibbah

Pada 4 Mei 2012, seramai 27 orang staf pentadbiran UiTM Kuala Terengganu mengadakan lawatan muhibbah ke Perpustakaan UiTM Melaka sebagai salah satu program untuk meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan staf. Selain itu, lawatan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara kampus serta melihat amalan terbaik UiTM Melaka.

Rabu, 2 Mei 2012

Pesta Buku Kuala Lumpur 2012

Pada 2 Mei 2012 pihak perpustakaan UiTM Melaka telah pun mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 dengan membawa seramai 62 orang masing-masing terdiri daripada Ketua Program, Pensyarah, wakil-wakil Fakulti, staf perpustakaan selaku pegawai pengiring dan Timbalan Ketua Pustakawan. Lawatan ini adalah program tahunan Perpustakaan UiTM Melaka  dan bertujuan membuat pemilihan buku yang bersesuaian bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran di UiTM Melaka.

Khamis, 26 April 2012

Lawatan Sek. Men. Keb. Ade Putra

Pada 26 April 2012, seramai 42 orang pelawat terdiri daripada pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra, Masjid Tanah, Melaka telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka.

Isnin, 23 April 2012

Lawatan Penandarasan ke Perpustakaan Awam Langkawi

Seramai 28 orang staf Perpustakaan UiTM Kampus Alor Gajah menyertai lawatan penandarasan ke Perpustakaan Awam Langkawi, Kedah pada 23 April 2012.







:: fAmiLy dAy ::